Karangan Budak yang mencipta sejarah

Disini saya taipkan semula (jika ada yg tk faham membaca tulisan tangan) Ok, saya taip balik mengikut ayat asal. Mana yang ditandakan dengan tanda * (bintang) bermakna tak pasti perkataan tu. Pertama kali baca, memang tak boleh nak tahan gelak. Nama : Thye Yong Lun Tingkatan : *4G Matapelajaran : Sejarah Bahagian A 1. Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka. Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal system tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi ...