Posts

Showing posts from December, 2009

Sawan Demam Panas

Image
Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas. Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun. Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak. Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain. "Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah

Kacang Hijau

Image
SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri. Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2. Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan. Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya. Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak. Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan. Proses rawatan

Cinta Antara Dua Dunia

Image
Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petiikan menarik daripada novel tersebut. Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya seri

Misc. Download

Salam. Berikut adalah beberapa gadget site yang munkin berguna untuk sesiapa saja yang ingin membina website. Semoga ia bermenafaat. Jam Counter User Add this. Yell box Kod Warna Feed back Cover

BAHSA BADAN

Bahasa Badan? ( Body Language ) Ia merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan. Kajian mengatakan ( Albert Mehrabian ), sering bila berlaku komunikasi, 60% - 70% yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan. Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya. Berikut ialah antara beberapa TIP yang amat berguna ( sebagai ilmu ) kepada kita untuk memahami mereka

Drinking cups of tea and coffee 'can prevent diabetes'

Tea and coffee drinkers have a lower risk of developing type 2 diabetes, a large body of evidence shows. And the protection may not be down to caffeine since decaf coffee has the greatest effect, say researchers in Archives of Internal Medicine. They looked at 18 separate studies involving nearly 500,000 people. This analysis revealed that people who drink three or four cups of coffee or tea a day cut their risk by a fifth or more, say researchers. The same amount of decaffeinated coffee had an even bigger effect, lowering risk by a third. Type 2 diabetes usually starts after the age of 40 and develops when the body can still make some insulin, but not enough, or when the insulin that is produced does not work properly. Type 2 diabetes is treated with a healthy diet and increased physical activity. In addition to this, medication and/or insulin is often required. The identification of the active components of these beverages would open up new therapeutic pathways for the primary preven

SAYANG RASULULLAH S.A.W KEPADA HASSAN DAN HUSSIN

Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak-geri baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya. Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hassan dan Hussin. Kemudian baginda bersabda: “Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hassan dan Hussin). Pada suatu hari, Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula. Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada

SAIDINA HUSSIN

Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Sya’ban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”. Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam. Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berla

Virus Sohanad

Virus yang diklasifikasikan sebagai Wurm ini merebak melalui Yahoo! Messenger. Mungkin dah ada di kalangan anda yg dah terkena penangan wurm ni. Bahayanya wurm ni, mesej yang mengandungi virus/wurm tu akan datang dari buddy/members list kita sendiri..padahal mesej tu dihantar sendiri secara automatik oleh wurm berkenaan..Ini contoh mesej yang dihantar : Do you realize who is in this image: http://{BLOCKED}coolpics.net/who.jpg . Just think for a moment and tell me soon who is beside you in this pic http://{BLOCK}thecoolpics.net/friendpic1.jpg so good-looking the page cannot be displayed http://{BLOCKED}coolpics.net/error.jpg Something was wrong !!! Check it again and tell me later. THanks Images shot in Iraq _ The war will never end http://{BLOCKED}coolpics.net/Iraqwar.jpg Miss World 2006: http:// {BLOCKED}coolpics.net/ MissWorld.jpg Jadi kalau dapat mesej camtu, jangan p klik pulak! Antara payload atau kesan wurm ni ialah dia akan ‘disable’kan task manager dan registry editor..selain t

La Tahzan

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Dit

Virus Komputer

Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati - hati dengan kewujudan virus - virus ini.:-) Brain, 1986 Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya. Michelangelo, 1991 Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan - bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda. Melissa, 1999 Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan. ILOVEYOU, 2000 Virus ini m

Lemang Terbakar

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Salam

Image
Welcome to my blog.