Posts

Showing posts from January, 2010

Karangan Budak yang mencipta sejarah

Image
Disini saya taipkan semula (jika ada yg tk faham membaca tulisan tangan) Ok, saya taip balik mengikut ayat asal. Mana yang ditandakan dengan tanda * (bintang) bermakna tak pasti perkataan tu. Pertama kali baca, memang tak boleh nak tahan gelak. Nama : Thye Yong Lun Tingkatan : *4G Matapelajaran : Sejarah Bahagian A 1. Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka. Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal system tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi

Berjalan-jalan di tepi muara

Image
Berjalan-jalan di tepi muara Hendak mencari anak dara Kalau nak cari anak dara Di tepi muaralah.

Orang Kafir Masuk Neraka..

Image
Sila fahami seberat mana dosa seseorang itu bukan HAK hambanya yang menentukan seseorang tu masuk ke neraka. Keputusan semua adalah dari Allah Yang Maha Adil. Ingat Baik² SEBESAR DUNIA DOSA kita pada Allah, Allah memandang Dosa kita seperti seekor semut. Fikirkanlah Betapa Luas Kasih Sayang Allah S.W.T kepada Insan yang bergelar Manusia. Janganlah kita berlagak seolah olah kita ini Raja Sekalian Alam yang boleh menentukan tempat seseorang samada syurga atau neraka. Jikalau kita yang menentukan seseorang itu masuk Neraka dan fikirlah kembali SIAPAKAH YANG MASUK NERAKA? Adakah semua orang bukan Islam itu masuk NERAKA? Adakah Allah s.w.t itu ZALIM? Tolong jangan menentukan seseorang bukan Islam itu masuk memana yang anda suka. Sila tunjukkan pada saya Agama mana yang mengajar menganutnya berbuat Kejahatan? (kecuali ilmu hitam atau penyembahan Syaitan) INGAT BAIK². Setiap Insan yang dilahirkan kedunia adalah Islam, Ibubapa mereka yang menjadikan mereka berbeza Agama. Sebagaimana sabda Nabi