Karangan Budak yang mencipta sejarah


Disini saya taipkan semula (jika ada yg tk faham membaca tulisan tangan)

Ok, saya taip balik mengikut ayat asal. Mana yang ditandakan dengan tanda * (bintang) bermakna tak pasti perkataan tu. Pertama kali baca, memang tak boleh nak tahan gelak.

Nama : Thye Yong Lun
Tingkatan : *4G
Matapelajaran : Sejarah

Bahagian A
1. Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.
Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal system tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. ‘ In English, they are too shy to do tat stuff in the light scared people see ma. Stupid”.
Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak telah pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat lampu untuk pelajaran mereka.
Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada cahaya. “ Men felt shy because their body part are different”. 1 bolt 1 nat. really tiu lo. Adanya elektrik, mereka tengok filem cerita pokemon dan digimon.
Akhirnya mereka berjaya membina balik ampangan yg roboh itu dengan jentera yg berkuasa tinggi.

Bahagian B
7. Pada masa kegemilangan China dan Jepun, penduduk mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.
Agama Confucius ini memang “Confusing” entah bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!? Sebelum adanya ajaran Confucius, dunia di China adalah huru-hara kerana raja syaitan dunia akan dikeluarkan dan memusnahkan dunia. Dengan itu , Dewa mengarahkan *Senzo untuk mendapatkan kitab Suci Confucius. Untuk mengelakkan raja syaitan Tetapi perjalanannya susah sehingga banyak awek iblis yg cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya.*serahan Monyet, Babi, Kuda dan Hantu Air. Selepas mendapatkan kitab suci, Raja Syaitan dikalahkan. Dan semua orang memahami ajaran Confucius walaupun sangat “Confusing”. Kalau tidak Raja Syaitan akan muncul semula.
Ajaran Shinto pula datang dari Tom Cruise. Dia ini seorang askar, generallah dungu wat pangkatlah H Get liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman Samurai. Selepas dilepaskan dia tak mau balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia pun feng huat chai la. His people want to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya Shinto. Secara kesimpulan, Shinto dan Confucius *dikhianatkan keran awek cantik yang terlalu menggoda.
Di sini saya bersertakan satu pantun

Berjalan-jalan di tepi muara
Hendak mencari anak dara
Kalau nak cari anak dara
Di tepi muaralah.

Comments

Popular posts from this blog