Posts

~~Doa~~

Image
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Ya Allah, sebagai mana Engkau pernah menghantar burung² ababil untok menghancurkan tentera bergajah musrikin. maka kami memohon padamu Ya Allah, turunknlah bantuan mu kali ini kepada orang² Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis sedahsyat dahsyatnya ..Amin Ya Robal Alamin

Pesona Diri Anda....

Image
Anda cemburu melihat kawan anda dikelilingi lelaki sedangkan anda hanya terkebil-kebil keseorangan. Dia ada aura..daya penarik. Tapi itu yg difikirkan anda sedangkan anda sendiri boleh membina daya penarik itu pada diri anda. Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki 1. Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya.Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa.. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah! 2. Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentia...

Karangan Budak yang mencipta sejarah

Image
Disini saya taipkan semula (jika ada yg tk faham membaca tulisan tangan) Ok, saya taip balik mengikut ayat asal. Mana yang ditandakan dengan tanda * (bintang) bermakna tak pasti perkataan tu. Pertama kali baca, memang tak boleh nak tahan gelak. Nama : Thye Yong Lun Tingkatan : *4G Matapelajaran : Sejarah Bahagian A 1. Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka. Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal system tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi ...

Berjalan-jalan di tepi muara

Image
Berjalan-jalan di tepi muara Hendak mencari anak dara Kalau nak cari anak dara Di tepi muaralah.

Orang Kafir Masuk Neraka..

Image
Sila fahami seberat mana dosa seseorang itu bukan HAK hambanya yang menentukan seseorang tu masuk ke neraka. Keputusan semua adalah dari Allah Yang Maha Adil. Ingat Baik² SEBESAR DUNIA DOSA kita pada Allah, Allah memandang Dosa kita seperti seekor semut. Fikirkanlah Betapa Luas Kasih Sayang Allah S.W.T kepada Insan yang bergelar Manusia. Janganlah kita berlagak seolah olah kita ini Raja Sekalian Alam yang boleh menentukan tempat seseorang samada syurga atau neraka. Jikalau kita yang menentukan seseorang itu masuk Neraka dan fikirlah kembali SIAPAKAH YANG MASUK NERAKA? Adakah semua orang bukan Islam itu masuk NERAKA? Adakah Allah s.w.t itu ZALIM? Tolong jangan menentukan seseorang bukan Islam itu masuk memana yang anda suka. Sila tunjukkan pada saya Agama mana yang mengajar menganutnya berbuat Kejahatan? (kecuali ilmu hitam atau penyembahan Syaitan) INGAT BAIK². Setiap Insan yang dilahirkan kedunia adalah Islam, Ibubapa mereka yang menjadikan mereka berbeza Agama. Sebagaimana sabda Nabi...

Sawan Demam Panas

Image
Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas. Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun. Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak. Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain. "Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah...

Kacang Hijau

Image
SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri. Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2. Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan. Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya. Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak. Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan. Proses rawatan ...